Istiqamah itu lebih penting!

Istiqamah itu lebih penting dalam mendidik anak-anak dan dalam apa jua kita lakukan...

Berkongsi pengalaman dalam mendidik anak perempuan saya yang sorang ni. Ya pada awalnya ketika di usia setahun kami suami isteri dah biasakan dia dengan bertudung.

Setiap kali bila masa nak keluar rumah kami suami isteri akan pastikan si anak gadis kecil kami ni mesri pakai tudung. Walaupun pada awalnya dia macam tak selesa dan akan buka lepas 10minit sama ada dalam kereta atau kat memana...

Tapi kami tetap teruskan...

Sekarang.. usia dia dah nak tiga tahun pada 28hb ni... dia nak keluar rumah.. ikut saya atau ayah nya ke mana-mana dia mesti cari tudung dia... yang pada awalnya hanya 1 tudung je dia nak pakai.. dan tudung tu pasti yang besar dah labuh untuk dia pakaikan.

Sekarang.. apa yang saya pakai dia akan kata...

"Ibu nak tudung macam ibu tu"...

Baju pun sama.. saya yang selesa pakai jubah bila keluar rumah.. dia pun nak juga... dan anak saya akan kata...

"Bu, nak baju macam ibu ni... "

Alhamdulillah... bukan kita nak memaksa mereka... tapi biar la kita didik anak-anak kita ni sedari mereka belum tahu apa itu aurat apa itu dosa...

Bila dah besar.. mudah untuk mereka katakan...

Tak pakai tudung .. tak tutup aurat itu dosa...

Moga kita terus istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan..

Saya sekadar berkongsi pengalaman yang apa saya lalui juga sedang dalam proses menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak di generasi z ke y sekarang ni kan...

Dulu ye laa... Wawasan 2020 katakan.. kini anak-anak kita Tn50 pula kan?

Jom doakan yang terbaik untuk keluarga kita.. juga anak-anak kita semua biarlah mengenal Allah SWT, kenal dan kejar ilmu akhirat dan baru la ilmu dunia di seiringkan...

Jom kongsi pengalaman kita bersama diruangan komen... boleh kita sesama menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita kan...

Mommylina
Ibu anak 3 yang sedang membesar...

Alhamdulillah...


1 comment:

  1. setuju.
    bila da dibiasakan, ia akan jadik perkara biasa, kan.
    tak le anak rasa janggal.
    like anak2 dara aida skang ni, nak gi buang sampah kat depan pun bertudung.
    alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...